0 items - RM0.00

Your shopping cart is empty

Why not add some items in our Shop

7 Masalah Utama Kulit Lelaki Yang Biasa Korang Alami

by Reza Rahman

Kita memang tau masalah kulit biasanya amat sinonim dengan wanita. Jangan lupa, lelaki juga ada masalah yang sama.

Ini kerana produk penjagaan kulit rata memang ‘hot’ dikalangan wanita. Tapi jangan lupa, lelaki juga kena jaga kulit muka supaya korang sentiasa kelihatan sihat di mata wanita di luar sana.

Jangan ingat wanita je nak kena nampak cantik tau, lelaki pun kena nampak segak.

Dalam artikel ni saya akan explain tentang 7 Masalah Kulit Yang Biasa Dialami Oleh Lelaki-Lelaki macho diluar sana. Let’s check it out. 

Masalah 1 : Kulit Kusam


Kulit kusam ni puncanya bila korang kurang nutrisi dalam badan. Bila kurang air, muka korang akan kelihatan kusam & tak bermaya. Anda perlu melakukan eksfoliasi sekurang – kurangnya dua kali seminggu .

Ia akan dapat membuatkan kulit anda cerah berseri dan tidak kusam . Malah , sekiranya anda menggunakan berus wajah untuk melakukan ekfoliasi anda akan dapt melihat hasil yang lebih baik .

Sedikit tips , ketika anda sedang duduk anda boleh menundukkan kepala anda pada paras lutut di dalam satu minit .

Aktiviti seperti ini dapat membuatkan kulit anda tampak lebih segar dan tampak kemerahan semulajadi kerana apabila kepala lebih rendah daripada paras jantung , graviti akan menarik dan melancarkan pengaliran darah pada wajah anda .

Masalah 2 : Kulit Kemerahan

Masalah kulit kemerahan sering dialami oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif terutamanya apabila terkena sinaran matahari.

Anda boleh menyelesaikannya dengan memilih produk yang berlabel ” calming ” , ” soothing “ ataupun ” anti – redness” untuk menangani masalah kulit kemerahan.

Antara tips lain yang anda boleh gunakan ialah rendamkan tuala bersih di dalam susu berais dan kemudian sapukan pada bahagian kulit anda yang kemerahan.

Ini kerana , kandungan protein dan efek dingin dapat meredakan kesan kemerahan. Selain itu, anda juga boleh mengoleskan isi kapsul minyak “ evening primrose “ pada kawasan yang kemerahan bagi mengurangkan kerengsangan kulit.

Masalah 3 : Kulit Berkedut

Punca kulit berkedut antaranya adalah kerana pendedahan melampau kepada sinar uv matahari , faktor umur ataupun tabiat merokok.

Penggunaan pelindung matahari seperti SPF dapat mengelakkan kulit berkedut, namun dengan lapisan serum antioksida dan vitamin c ia dapat memberikan perlindungan ekstra pada kulit serta merawat kedutan.

Pengambilan 500 mg vitamin C setiap hari diperlukan untuk kulit menghasilkan kolagen . Vitamin C ini boleh dimakan ataupun disapu pada kulit.

Masalah 4 : Jerawat

Punca jerawat adalah kerana tidak menjaga kebersihan , hormon ataupun kerana stress melampau .Anda boleh mengatasinya dengan mengoleskan krim jerawat yang mengandungi 5% asid salisilik ataupun 2.5 % benzoyl peroxide . Disarankan untuk anda mencuba krim jerawat “Nixoderm” ianya mampu menghilangkan jerawat anda dalam masa seminggu sahaja.

Masalah 5 : Kulit Berminyak

Perubahan hormon, tekanan, alam sekitar dan genetik adalah sebab untuk kulit berminyak.

Basuh muka anda dengan pembersih kulit yang lembut, elakkan makanan berminyak, elakkan daripada menggunakan sabun yang kuat terutama pada muka dan minum air yang banyak.

Masalah 6 : Kulit Kering

Ianya disebabkan oleh perubahan persekitaran, umur, genetik dan suhu.

Minum air dengan secukupnya dan menggunakan pelembap adalah langkah-langkah asas untuk melawan kulit kering.

Jika kulit anda kering hingga bersisik, anda harus guna pelembap yang lebih kepada pelembap berubat yang boleh didapati di farmasi.


Masalah 7 : Gatal Selepas Bercukur

Adalah penting untuk mencukur arah pertumbuhan rambut kerana dapat mengurangkan gatal-gatal, radang kulit selepas bercukur.

Selain itu,  jangan pakai pencukur yang akan memberi tekanan pada kulit semasa mencukur.

Adalah penting untuk menukar pencukur dengan kerap, untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria yang boleh menyebabkan kulit anda mempunyai masalah lain

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *